Wednesday, October 18, 2017

SURAH AL-FIIL

ASBABUN NUZUL

Peristiwa ini bukan cerita mistik bertebaran dalam sejarah abngsa Arab suatu masa dahulu. Ini bukan lah juga cerita dongeng atau cerita tahayyul. Seandainya bangsa Arab tidak melihat burung Ababil menghancurkan Abrahah dan bala tenteranya atas izin Allah SWT, dengan kerikil panas dari neraka yang membara. Maka ketika itu, jika ada seseorang yang menceritakan peristiwa itu kepada mereka, pasti mereka akan mengatakan orang itu gila. Mereka akan mengejek, sebagaimana mereka mengejek baginda Nabi Muhammad SAW, ketika beliau menceritakan bahawa dirinya telah isra' dan mi'raj.

Pada abad ke enam sekitar tahun 571 Masehi, saat itu Yaman dikuasai oleh seorang raja Kristian bernama Negus yang berhasil mengusir bangsa Yahudi dari negerinya. Seorang menterinya yang bernama Abrahah bin Al-Shobaah menemukan bahawa setiap tahunnya orang-orang dari berbagai belahan bumi bergegas dan berduyun-duyun pergi ke Ka'abah di Mekah untuk menunaikan haji.

Diperintahkannya arkitek dan ahli bangunan terbaik untuk membangunkan Al-Qalies, sebuah gereja yang sangat besar dan indah di kota San'a. Gereja ini dipersembahkan kepada Raja Najasyi serta merupakan bukti kuat keinginan Abrahah agar orang-orang melupakan Ka'abah.

Abrahah telah bersumpah untuk menghancurkan Ka'abah. Berangkatlah Abrahah ke Makkah beserta bala tenteranya dengan menunggangi gajah. Abrahah memimpin pasukan dengan menunggangi gajah yang besar dan gagah. gajah tersebut adalah hadiah dari Raja Natasyi kerana Abrahah sudah membuatkan sebuah gereja yang indah.

Abdul Muthalib bin Hasyim yang merupakan salah seorang terkemuka kaum Quraisy pun pasrah apabila mendengar berita itu. Beliau berdoa dengan mengatakan bahawa Ka'abah ini adalah milik Allah SWT jadi Allah SWT jua yang akan menjaganya. Dia begitu yakin bahawa Allah SWT sendiri yang akan menjaga rumahNya iaitu Baitullah.

Dan benarlah, Allah SWT mengirimkan sepasukan burung Ababil, yang memusnahkan pasukan Abrahah laksana dedaunan yang dimakan ulat.

No comments:

Post a Comment